Hmmm…dah sampai masanya saya blog baju bundle pulak dalam B.M. Asyik mat salleh pun takleh gak. Okay…baru-baru ni, I jumpa member sorang kat Chow Kit. Tengah selak baju bundle gak. Entah camana, kami start sembang. Terpegun gak si Mamat ni bila tahu yang I orang Cina. ‘Eh…orang Cina pun gila bundle ke’. Eleeeeh…Cina tak Cina, baju bundle I dah pakai sejak I pergi skolah lagi beb.

Lagipun, member semua Melayu, mesti terpengaruh kan? Sempoi pa. Baju bundle bukan saja murah, kualiti pun secara amnya lagi bagus dari beli yang baru. Tengok baju murah-murah skarang yang dibuat di China. Dah la kualiti teruk, design pulak hodoh. Murah tu murah laa…tapi dalam RM10, RM5, baik beli bundle. Design sempoi, brand pun sempoi.

Kenapa minat bundle? Macam-macam sebab. Murah satu hal, brand takyah cite la…tapi mungkin ‘keghairahan’ mencari sesuatu yang cun dalam longgokan baju bundle atau dalam barisan pakaian tergantung membuatkan aku tak tahan. Macam pergi tresure hunt setiap kali. Ada saja yang best nak beli. Beli aje laaa…brapa ringgit baru. Beli baru dahlah mahal, dapat sehelai. Tak berbaloi.

Hmm…mungkin juga I gila bundle sebab bau baju yang baru diggantung. Bau memang tak lari. Pejam mata pun boleh cam. Bau memang lain dari lain. Pernah cium tak bundle baru pecah? Oh…best habis. I dulu pernah berniaga bundle, tiap kali nak pecah bundle macam nak kena nombor ekor. Bila dah bukak, cium dulu…terguling-guling bijik mata membaunya. Bau baju bundle…fuiyooo!

Tags:

Comments are closed.